Wednesday, October 8, 2014

Wasiat Buat Sang Puteri...

Kepada bakal2 pengantin dan diri sendiri, wasiat ini boleh dijadikan panduan dalam melayari alam baru yg bergelar alam rumah tangga. Semoga alam baru yang akan ditempuhi lebih indah dan kekal hingga ke syurga....Wasiat Ummu Umamah ketika mempersiapkan puterinya yang akan bernikah. .
'Kata Ummu Umamah,"Wahai puteriku, sungguh wasiat itu seandainya boleh engkau tinggalkan dirimu sehingga meenjadikan keutamaan dalam akhlak dan kemuliaan dlm keturunan, maka aku tinggalkan hal itu dalam dirimu. Namun ia merupakan pengingat bg yg lalai dan pengetahuan bg yang berakal...
"Puteriku, seandainya ada perempuan yang tidak berasa perlu kpd suami kerana kerana kekayaan ayahnya dan dia hanya memerlukan ayahnya, maka engkau adalah orang yang paling tidak perlu suami. Cuma,perempuan itu diciptakan utk lelaki, sepertimana untuk perempuan, lelaki diciptakan".
"Puteriku, sebentar lagi engkau akan berpisah dari rumah ibubapamu dan akan bertemu dengan org yg belum engkau kenal yg akan memiliki dirimu. Jadilah hamba sahaya untuknya, dan nescaya dia akan menjadi hamba untukmu".
"Wahai puteriku, peliharalah sepuluh wasiat ini,nescaya ia akan menjadi pengingat untukmu..... "Pertama dan Kedua, temanilah dia dgn sikap qana'ah (cukup) dan bergaullah dgn sikap mendengar dan taat. Pada qana'ah terdapat ketenangan hati, sedangakan pada sikap mendengar dan taat terdapat keredhaan Allah
"Ketiga dan keempat, perhatikanlah dan jaga deria hidu dan pengelihatan suami. Jangan sampai matanya terpandang sesuatu yg buruk pada dirimu, dan jgn sampai hidungnya terhidu sesuatu daripada tubuhmu kecuali yang harum dan wangi. Sesungguhnya celak itu paling baik, dan air mandian adalah wangian yg paling baik".
"Kelima dan keenam, perhatikanlah waktu makan dan waktu rehatnya. Sebab panasnya kelaparan boleh menghauskan, dan kurangnya tidur dapat membuat orang mudah marah".
"Ketujuh dan Kelapan, perhatikan orang2 yang disayanginya dan ahli keluarganya, serta jagalah hartanya. Kerana menjaga harta bererti menghargainya dgn baik. Sedangkan memerhatikan org2 yg disayanginya bererti mengurus dengan baik".
"Kesembilan dan Kesepuluh, janganlah engkau sebarkan rahsianya, dan janganlah engkau abaikan perintahnya. Sebab apabila engkau sebarkan rahsianya,engkau tidak boleh menjamin pengkhianatannya. Sedangkan jika engkau abaikan perintahnya engkau akan menimbulkan amarahnya"
"Kemudian puteriku...berhati-hatilah daripada bergembira ketika dia sedang bersedih, dan daripada sedih ketika dia sedang bergembira. Sebab yg pertama bererti tidak simpati, sedangkan yg kedua bererti merosakkan suasana. Jadilah org yg paling memuliakan dirinya lbih daripada sikap dia memuliakan dirimu. Jadilah org yg paling setuju dan sesuai dengannya, dan yg paling selesa bersama dengannya'.Ketahuilah puteriku, bahawa engkau tidak akan sampai dan dapat apa yg engkau sukai daripada dirinya, sampai engkau mengutamakan kerelaannya di atas kerelaanmu, keinginannya di atas keinginanmu, pada sesuatu yg engkau sukai dan kau benci. Allah telah memilih untukmu dan memelihara dirimu".
Lalu setelah itu, Ummu Umamah menyerahkan puteri kesayangannya kepada Ilyas bin Harris utk dinikahi. Nasihat si ibu dipatuhi dgn sempurna dan kedudukannya menjadi terhormat. Akhirnya si puteri berhasil melahirkan pemerintah yg hebat sebagai pewaris kepada Ilyas bin al-Harris.
P/s: Patuhilah wasiat ini, In sha allah, Cinta kita sampai ke syurga...