Wednesday, December 25, 2013

WARKAH BUAT HAWA..

Hawa, andai engkau masih remaja jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibubapamu. Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. Andai engkau seorang ibu didiklah anak-anakmu hingga dia tak gentar memperjuangkan Addin Allah. Hawa, andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu. Ingatlah janji Tuhan kita bahawa “ wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik”. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan. Takut terlahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melaui keseksiannya. Lelaki yang warak tidak menilai keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya, dan lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu. Awasilah auratmu. Peliharalah akhlakmu dan kuatkanlah pendirianmu. Andai ditakdirkan memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu. Biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. Hawa, cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang mencintai Allah. Cintailah kedua-dua ibubapamu kerana kau akan memperoleh keredhaan Allah. Cintai keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain ari cinta keluarga. Janganlah sesekali wahai Hawa, tangan yang mennguncang dunia juga menjadi tangan yang menggoncang iman lelaki.

No comments:

Post a Comment