Thursday, December 12, 2013
Falsafah cinta Si Plato dan Socrates
Plato bertanyakan makna cinta kepada gurunya, Socrates dan beliau menjawab: “Masuklah ke dalam hutan dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan janganlah menoleh ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.”
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Socrates bertanya, maka Plato pun menjawab: “Saya sebenarnya sudah mempunyai ranting yang bagus tetapi, sya berfifkir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang telah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa. Socrates berkata : “Itulah CINTA”.
Plato kemudiannya menanyakan apakah erti perkahwinan pula. Berkata Socrates: “Sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang engkau fikir paling baikdan bawalah keluar dari hutan.”
Lalu, Plato pun masuklah ke dalam hutan dan keluar dengan membawa pohon yang tidak teralalu tinggi juga tidak terlalu rendah. Socrates bertanya mengapa begitu, maka Plato menjawab : “Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tidak dapat memotongnya dan pastilah saya tidak mampu membawanya keluar. Akhirnya saya tinggalkan pohon itu. Kemudian saya menjumpai pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan saya. Akhirnya saya pilih pohon seperti ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah…
Socrates lalu berkata : “ Itulah makna PERKAHWINAN…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment