Sunday, March 11, 2012

GOOD BYE MY FRIENDS...IT'S HARD TO DIE...



Sahabatku ...
Byk sudah yg kita kongsi bersama.Bukan sedikit cerita hidupku yg kau semadikan sbgai sejarah dalam persahabatan kita.Bukan sedikit kisah hidupku yg kau lakar menjadi potret indah terpampang didinding kenangan
Tanpa kau sahabat, tiada sempurnalah hari2 yg kulalui .siapalah lagi yg sudi mendengar celotehku yg tidak kunjung habis melagukan suka dan duka melodi nafasku....
Tadi aku termangu sendirian...mulalah hati nakal tetanya-tanya kenapa perlu ada sebuah penghabisan. Kenapa perlu ada perpisahan dalam sesuatu pertemuan...Kenapa tidak dikekalkan saja sesuatu yg baik dan bermanfaat seperti engkau, sahabatku...namun akal pantas mengambil tempat menterjemah kecelaruan minda yg kabur ekoran tertusuk sembilu sedih terpaksa berpisah dgn teman sesetia engkau, sahabatku.
Berat hati ini Tuhan sahaja yg tahu. Kata orang, patah tumbuh hilang berganti tetapi yg datang itu tidak akan sama jauh sekali serupa dengan yg pergi. Aku bakal kesepian kerana aku tidak pasti penggantimu nanti mampukah setabah engkau menemani aku yg tidak tentu gelombang tangis dan ombak tawa....aku berdiri dihadapn cermin, memandang jauh menerobos ruang fikiranku yg melayang membawa haluan tiada arah tuju. Hati seakan merajuk untuk berbicara, naluri seakan jemu untuk bercerita dan jiwa pula seolah bosan utk berseloka.Mungkin semua sudah mula terasa bahang kehilangan kau, sahabatku....


Kau belum puas aku tatap. Tanganmu belum puas aku genggam.Terasa ada kuasa dan hikmah atas persahabatan yg kau hulurkan selama ini. Aku jadi pilu, aku jadi terharu..Namun janjiku, aku akan terus berdoa terhadap kebahagiaanmu dan aku akan memperbaharui koleksi doaku dalam usaha mendapatkan sepenuh keredhaan Allah SWT yg menjadi jaminan utk aku dan engkau melangkah masuk lalu mendiami Al-Firdausi seiring mereka yg terpilih.
Dalam sayu, aku sedar bahawa bicara kita harus ditamatkan. Walau tidak rela, kau harus aku lepaskan.Terima kasih sahabat, untuk segalanya. Semoga kita bertemu pada lain kalinya dengan sebuah harapan baru...percayalah aku tetap aku yg sama...selamat tinggal, sahabatku....

3 comments:

  1. reka sendiri ke ni..sahabt memng penting ia ibarat asam garam...hahaha..pape pun first time datang sni..salam kenal..yeahhh blogger boo..assalaimualakum

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq...4 ur comment....ad ayat2 kt sni yg pernah sy baca dlm buku...tjuk ape x ingat...tp 2 mmg sy bwt khas utk sahabat2 saya...it's time to say good bye to TERENGGANU,UNISZA and my beloved friends...

      Delete